- Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.
- Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.
- Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.
- Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.
- Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.
- Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.
- Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.
- Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.
- Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
- Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.
- Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya
- 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.
- Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
- Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.
- Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
- Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
- Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur.
- Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
- Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.
- Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.
- Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.
- Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.
- Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.
- Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
- Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.
- Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.
- Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.
- Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.
- Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.
- Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.
- Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.
- Kucing tidak boleh merasa rasa manis.
- Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.
Friday, 11 March 2011
Tahukah Anda???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment