Wednesday 4 May 2011

OSAMA BIN LADEN REALLY DEAD?


Betul ke osama bin laden dh mati...betol2 mati atau pn diskriminasi amerika semata-mata?
hahaha...ak pn x berani nk kate btol ke tidak...tp ap2 pn igtlah tiap yang hidup pasti akan mati...
nih ad beberapa gmbr ak dpt dr internet nih...korg tgk n nilai la sdiri ye...

ni ha..1st gmbr osama ditembak mati...

nih plak gmbr yg konon2 nya di edit...

nih gmbr terbaru osama kne tembak....xtaw btol ke tidak...  

 nih lak video BARACK OBAMA mengenai kematian osama...

-->nih ak nk kongsi pandangan TGNA pasal kes nih...

Berita kematian Osama Ben Laden sedang sibuk dihebohkan oleh semua..negara amerika seperti merayakan kematian pengganas(kononnyer) paling dikhendaki oleh dunia..ttp ramai yg masih ragu2 ttg kematian dan kewujudan osama ni..aku pon sama...itu x penting..yg penting aku nk kongsi pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ttg kematian osama ben laden ini..jum kita semua baca
  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerik Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasa, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hany bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.


gambar2 nih ak dpt dari internet...klu korg nk tgk lg, klik sini


Sunday 1 May 2011

ROYAL WEDDING (PERKAHWINAN DI RAJA Prince William & Kate Middleton)


ni ha....perkahwinan di raja ( Prince William & Kate Middleton)...meriah gler...hehe

bwh nih ad beberapa video dr youtube.com..layannn~hehe..





haa...amacam...=P

Friday 29 April 2011

ROKOK Elektronik...


contoh rokok elektronik



Assalamualaikum pembaca sekalian,
Di zaman yang serba canggih ini, banyak produk-produk yang dihasilkan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia.Namun pada hakikatnya produk yang dihasilkan tersebut memberikan kesan yang lebih buruk kepada kesihatan manusia.

Antara yang dihasilkan atas tujuan tersebut ialah rokok elektronik.Rokok elektronik dicipta bertujuan untuk menggantikan rokok-rokok yang sedia ada dijual di kedai-kedai.Namun, rokok elektronik bukan sahaja tidak sesuai untuk menggantikan rokok sedia ada,malah ianya lebih merbahaya dari rokok tersebut. Jadi, pada artikel kali ini saya ingin kongsikan dengan anda info tentang bahaya rokok terhadap buah pinggang.

Kebanyakan daripada kita telah pun sedia maklum akan bahaya rokok kepada paru-paru dan sistem kardiovaskular.Tetapi amat jarang didedahkan kepada kita akan bahayanya dan kesan buruk rokok terhadap buah pinggang.Tidak kiralah rokok elektronik sekali pun, ianya tetap memberikan kesan buruk kepada buah pinggang. Sebenarnya dengan tabiat merokok, akan meningkatkan risiko mengidap penyakit buah pinggang dan juga penyakit kanser.

Penyakit Buah Pinggang
Merokok akan meningkatkan kemungkinan mempunyai penyakit buah pinggang kronik, dan tabiat merokok juga akan meningkatkan risiko kematian akibat strok dan serangan jantung di antara orang-orang yang sudah mempunyai penyakit buah pinggang.

Pengurangan MAO-B
Merokok menurunkan monoamina oksida B, iaitu enzim yang berfungsi untuk meningkatkan kesihatan di seluruh tubuh. Dalam sebuah kajian oleh Brookhaven National Laboratory di New York, tahap MAO-B dalam buah pinggang rata-rata antara 33 dan 46 peratus lebih rendah di kalangan perokok.

Kanser
Penggunaan tembakau juga akan meningkatkan risiko karsinoma sel buah pinggang, juga dikenali sebagai kanser buah pinggang, menurut National Cancer Institute.

Puncanya
Ketika paru-paru menyerap karsinogen dalam asap tembakau ke dalam aliran darah, bahan kimia ini menjadi tertumpu dalam buah pinggang ketika organ tersebut menjalankan fungsinya  untuk menapis darah.

Berhenti
Berhenti merokok adalah jalan terbaik untuk mengurangkan risiko masalah buah pinggang. Tetapi dapat waktu bertahun-tahun bagi tubuh untuk kembali ke kesihatan pra-merokok-nya.Tetapi bagi mereka yang merupakan perokok tegar, tubuh mereka memerlukan beberapa tahun untuk kembali kepada keadaan kesihatan sebelum mereka merokok.






sumber : rokok


minuman berAIS

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ... . Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air pana... s selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemukdan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik... adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. :

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini... .. ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

  
Nes 'Beng'

Thursday 28 April 2011

AWAS!!! GAME MENGHINA ISLAM!!

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.


Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.



sumber myMetro


Tuesday 26 April 2011

Alif mim nun wau...alif tendang wau...Sarkis lah

 

 Alif mim nun wau = sarkis

hahaha...mcm2...=P



Alif mim nun wau...alif tendang wau...Sarkis lah

Colbie Caillat - I Do


haa...jom layan lagu ni...heheh...layannnn~


nih liriknye...

It's always been about me, myself, and I
I thought relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy saying I had love that wouldn't last
That was the only way I knew 'til I met you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do do
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh what did I get myself into?
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust I've never felt it like I feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do do


Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
What more can I get myself into?
You make we wanna say

Me, a family, a house, a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm eighty years old I'm sitting next to you

And we'll remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do do
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let us go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you


Monday 25 April 2011

Kisah Si Kecil

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”


Moral:

Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu... 



saya sayang awk...=)

 
 Kenapa pompuan suka tanya "awk sayang saya tak" berulang kali pada org yg dia syg?
Walaupun dia dh tau ape jawapannya, tapi masih nak tny lagi.

Bagi lelaki mgkin itu merimaskan dia, mgkin b0le buat dia tensi0n dsb.
Tp bagi p0mpuan pulak lain...

Napa pompuan wat camtu?
Sebab pompuan sgt suka dengar perkataan keramat "saya sayang awk" dr mulut org yg dia syg!
Walaupun 1000X dia xkan jemu untuk mendengarnya.
Walaupun dia dh tau jawapan bg s0klan tu, dia tetap nk mendengarnya.

Sbb ape?
sbb.. pompuan suka dimanja, suka disayangi, suka dihargai.
sbb.. ayat keramat tuh lahir dr mulut org yg dia syg!
sbb.. itulah menguat semangat bg si pompuan bila dia dilanda kesusahan, keresahan didlm hati.

Bukan hny belaian sj utk membuktikan syg si lelaki pd pompuan, tp kadang2 kata2 p0n suda cukup membuatkan si p0mpuan terasa amat bahagia!

Pabila si pmpuan dh berhenti bertny soalan tuh.. maka berhati2 la kamu wahai lelaki.. mgkin hati si pmpuan suda tidak lagi bersama kamu!

Jadi... mengapa lelaki mesti rimas bila pompuan tny camtu?
bukannya susah pon nk menjawab 3 patah perkataan neh... ... ... ... ... ...



"saya sayang awk"..(^;*)


SAND OR STONE?

A story tells that two people were walking trough the desert. in a specific point of the journey, they had an argument, and one friend slap the other one in the face
the one, who got slapped, was hurt, but without anything to say, he wrote in the sand: " TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE".
they kept on walking, until they found an oasis, where they decided to take a bath. the one who got slapped and hurt started drowning, and the other friend saved him. when he recovered from the fright, he wrote on the stone: " TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE"
the friend who saved and slapped his best friend, asked him, "why, after i hurt you, you wrote in the sand, and then you write on the stone?"
the other friend, smiling, replied: " when a friend hurt us, we should write it in the sand,where the winds of forgiveness get incharge of erasing it away, and when something great happens, we should engrave it in the stone of memory in our heart, where no wind can erase it".
 
 
 

Sunday 24 April 2011

Himpunan Kata2 Hikmat


1) Biar renggang difana dunia,biar hina dimata manusia,biar semangat semakin tua,biar akal semakin berusia, jangan tergadai silaturrahim antara kita sesama Islam...

2) U can buy gifts but not love,U can pretend smile but not happiness,U can lie to others but not to yourself,U can have friends,but not as good as ALLAH S.W.T.

3) I know you are so-so buzy, but take 3 seconds to ZIKIR to ALLAHSubhanallahAlhamdulillahAllahuakbarMay Allah bless us.

4) Kuliah Maghrib tiada lagi,dikir barat sampai ke pagi,sure heboh tiap negeri,Mufti menegur terus dimaki,kes bunuh hari-hari,rompak,ragut makin menjadi,aurat dah tak peduli,termasuk bini para menteri,Hukum Hudud selalu dicaci,perlembagaan penjajah dijunjung tinggi,Ulama dimaki penyanyi disanjungi,pejuang Islam ditangkap digari,BAPAK RASUAH pulak dipuji,inilah dia Islam Hadhari,Islam tajaan Pak Lah Badawi,Al-Ghazali yang kita cari,rupa-rupanya mawi yang ditemuic.

5) Jika hati sejernih air,jangan biar ia keruh,jika hati seputih awan,jangan biar ia mendung,jika hati seindah bulan,hiasi ia dengan imanc.
 

6) SIDDIQ mu baluti luka kekufuran,AMANAH mu payungi lembah kehinaan,FATONAH mu suburi hati yang layu,TABLIGH mu terangi insan di kala kegelapan... .YA MUHAMMAD habibullah... 

7) Kasih Allah membawa Rahmat,Kasih Rasul membawa Syafaat,Kasih guru membawa Berkat,Kasih ibu membawa Kesejahteraan dan kasih ayah membawa kebahagiaanc.

8) Rasulullah bersabda: Yang menjadikan orang mukmin itu pemurah adalah agamanya,yang menjadikan orang mukmin itu mempunyai kehormatan adalah akalnya dan yang menjadikan orang mukmin itu mulia adalah budi pekertinya.

9) Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman,ucapan hOppssh mendahului YA ALLAHh,bila perut kenyang hha... kenyangnyah mengatasi ALHAMDULILLAHh,bila diri terpegun oleh keindahan alam,hSUBHANALLAHh tertutup oleh gCantiknyah,bila dikunjungi berita malang, gKasihannyah terucap kerana kita lupa INNALILLAH HI WAINNA ILAIHIRAJIUUNh.Kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa. Tapi, ingatlah agar bila Malaikat Izrail mendekati kita,biarlah ucapan LAILAHAILLALLAHh menjadi juara mengatasi segala kata-kata... 

10) Siang akan sepi tanpa mentari,malam tiada seri tanpa rembulan,hidup akan sunyi tanpa teman,hati tiada erti tanpa iman... .

11) LIHAT pada anugerah dan ciptaan Allah,hDENGARh pada perkara yang memuji Allah,hPATUHh pada AL-Quran dan Sunnah,hDIAMh itu pembuka pintu Rahmat.


Mudah-mudahan ianya menjadi panduan pada kita semua..Insya Allah... 

Saturday 16 April 2011

Empat Perkara Yang Di Dahulukan Oleh Umat Akhir Zaman


Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada hati rasa, ada akal fikir.
Hakikatnya, umat manusia diakhir zaman yang didahulukan adalah:

1) Harta
Melalui harta kononnya manusia akan menjadi seorang penguasa yang dihormati. Tetapi pada hakikatnya, harta itu tidak akan membuatkan kamu menjadi seorang yang berkuasa seandainya tiada sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang tidak berharta. Bagaimana boleh dikatakan kamu yang berharta dikatakan seorang yang berkuasa? Sedangkan apabila lahirnya seorang hartawan, maka lahirnya juga 1000 manusia yang berada di dalam kesusahan? Justeru, kenapa Allah menjadikan kamu seorang hartawan? Tugas kamu adalah untuk menjadi seorang dermawan. Sedarlah wahai hartawan, jutawan sekalian.. Tiada bekalan yang akan kamu bawa nanti untuk menempuh kesusahan kiamat melainkan sedikit harta yang telah kamu sedekahkan.

2) Pangkat
Semua manusia mengejar pangkat. Untuk apakah pangkat itu kalau bukan kerana untuk menyenangkan hidup kaum kerabat dan sanak saudara. Sebagai contoh, adakah adil seorang insan yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi, berilmu tinggi dipinggirkan daripada mendapat jawatan yang sepatutnya layak untuknya hanya kerana ingin mengisikan jawatan tersebut pada kaum kerabatmu?

Mungkin juga pangkat itu digunakan untuk menambahkan pengikut-pengikut persatuan atau kelab-kelab kamu dengan menggunakan syarat tertentu untuk mencari calon untuk mengisi jawatan tersebut. Adilkah kamu sebagai manusia yang berpangkat? Sedarkah kamu, bahawa Allah itu sentiasa menilai hidup dan segala amalanmu? Satu penganiyaan telah kamu lakukan seandainya pangkat yang kamu ada digunakan untuk kepentingan kamu dan keluargamu sahaja. Boleh jadi orang yang memohon kerja itu adalah orang yang berlatarbelakngkan keluarga yang susah. Jadi, kamu telah menganiayanya serta keluarganya hanya untuk kepentingan keluargamu.

3) Hiburan
Hiburan yang menyebabkan manusia semakin lalai dan alpa kepada Allah s.w.t. Hiburan yang menyebabkan terjadinya perbagai masalah sosial dikalangan anak remaja. Hiburan ini adalah yang menyesatkan manusia diakhir zaman.

Hiburan yang dituntut adalah zikrullah. Tiada satu pun hiburan didunia ini yang dapat menenangkan hati dan jiwa seseorang manusia melainkan bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah s.w.t. Hiburan itu jugalah yang sama-sama dilakukan oleh para malaikat dan para Anbiya’. Tempat hiburan yang terindah adalah di atas sejadah-Nya bukan dikelab-kelab malam, juga bukan ditepi-tepi pantai dan sebagainya. Wahai manusia akhir zaman, sedarlah segera selagi masih ada pintu taubat untukmu.

4) Kekasih hati
”Apa yang penting adalah cinta hatiku. Parent tidak suka, tidak mengapalah. Aku yang akan berkahwin, bukan mereka”. Inilah ungkapan yang akan dikeluarkan oleh manusia yang telah mendahulukan kekasih hatinya daripada Ibu bapa sendiri. Sedarkah kamu, perkahwinan itu bukan antara kamu dan kekasihmu sahaja. Perkahwinan itu merangkumi seluruh keluarga dan sanak saudara kamu. Jika kamu mengenepikan ibu bapa mu dalam pencarian jodohmu, Allah juga akan mengenepikan doa-doa kamu untuk memperoleh kebahagiaan untuk kehidupan kamu berdua.
Kebahagiaan kamu di atas keredhaan ibubapamu. Maka, hormatilah mereka terlebih dahulu sebelum kamu menghormati pasangan kamu. Sesungguhnya tiada ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka hidup menderita. Jika ada halangan daripada mereka, fikirkan secara mendalam. Pasti ada sebabnya.

Secara keseluruhannya, keempat-empat perkara ini, berpunca daripada satu. Iaitu NAFSU. Manusia akhir zaman, hanya memikirkan nafsu semata-mata. Itulah yang menolak kamu semua ke neraka. Semoga kalian semua terselamat daripada azab siksa api neraka tersebut. Aminn. 





Friday 15 April 2011

Kisah Cinta Rasulullah Dengan Siti Khadijah ~ Tamat

Dijamin Masuk Syurga.

Khadijah r.a mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai karena kematian. Tahun wafatnya disebut \\\"Tahun Kesedihan\\\" (\\\'Aamul Huzni). Khadijah r.a adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika wahyu pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya.


Ketika Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama yang dihantar Jibril \\\'alaihissalam, dimana beliau merasa ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil berkata:

\\\"Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah SWT yang menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh Allah bagi umat kita.\\\"

Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang sentiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar? Bukankah engkau sentiasa menyantuni anak yatim piatu, menghormati tetamu dan menghulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah?\\\"


Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy.


Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain iaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang dihantar oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu \\\'anha serta dihiburnya dengan syurga. Kesetiaan Khadijah r.a diimbangi oleh kecintaan Nabi SAW kepadanya tanpa terbatas. Nabi SAW pernah berkata: \\\"Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti \\\'Imran dan Asyiah binti Muzaahim, isteri Fir\\\'aun\\\".


Wanita Terbaik Sanjungan lain yang banyak kali diucapkan Rasulullah SAW terhadap peribadi Khadijah r.a ialah:


\\\"Dia adalah seorang wanita yang terbaik, karena dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keingkaran; dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku; dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku; dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain\\\".


Putera-puteri Rasulullah SAW dari Khadijah r.a sebanyak tujuh orang: tiga lelaki (kesemuanya meninggal di waktu kecil) dan empat wanita. Salah satu dari puterinya bernama Fatimah, dinikahkan dengan Ali bin Abu Thalib, sama-sama sesuku Bani Hasyim. Keturunan dari kedua pasangan inilah yang dibangsakan sebagai keturunan langsung dari Rasulullah SAW.


~ TAMAT~


sumber : http://wanwma.com/ 

Saturday 9 April 2011

Kisah Cinta Rasulullah Dengan Siti Khadijah (Part 6)

Janda Cantik Bermata Jeli.

Sebelum dijemput oleh bapa saudaranya, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan.

Utusan peribadi Khadijah itu bertanya:
\"Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?\"
Muhammad SAW menjawab:
\"Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada.\"
\"Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?\"
\"Siapakah dia?\" tanya Muhammad SAW.
\"Khadijah!\" Nafisah berterus terang.
\"Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!\"Usaha Nafisah berjaya.

Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah r.a, menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW menerima pemberitahuan dari saudara- saudaranya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya. Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan utamanya pula karena hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya. Kalau dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli.


Maka diadakanlah acara yang penuh keindahan itu. Hadir sama Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput. Abu Thalib dengan rasmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk berunding dengan wanita berkenaan.


Pernikahan Muhammad dengan Khadijah


Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepadaWaraqah:

\"Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas\".
\"Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta\", ujar Waraqah.
\"Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Ku wakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,\" demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.

Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahwa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat mufakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham.

Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan \"Ash-Shiddiq\" sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi karena yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula. Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam.

Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama \'Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut:

\"Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma\'ad, dari keturunan Mudhar.\"

Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.\"Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, niscayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.
\"Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahwa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman- pengalaman hebat.Semoga Allah memberkati pernikahan ini\".

Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.


Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan:

\"Hai Al-Amiin, bergembiralah!Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah,barang- barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai!\"

Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud:\"Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan\". (Adh-Dhuhaa: Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita.


Bersambung sedikit lagi...(^__^)


sumber: http://wanwma.com/

Wednesday 6 April 2011

Tahniah T-team

 
 
Kelantan terpaksa menyerahkan tahta pendahulu Liga Super 2011 kepada Selangor setelah tumpas 4-3 keatas pasukan T-Team, malam tadi. Selangor yang bertemu Harimau Muda A di Shah Alam pula meraih tiga mata berharga setelah menang tipis keatas Harimau Muda A, 2-1. Kelantan yang mengalami kekalahan kedua pada malam ini jatuh ketangga ke-3 di belakang Selangor dan Perak.

Beraksi di tempat lawan, Kelantan nyaris dibelasah oleh pasukan "bintang" T-Team yang dibarisi oleh pemain-pemain handalan seperti bekas ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyudin, dan bekas pemain Kelantan Norfarhan dan juga Azizi Mat Rose.

T-Team dilihat mengusai babak awal perlawanan dan berjaya di hadapan menerusi sepakan percuma, Zairo Anuar Zailani pada minit ke-29. Kelantan yang dilihat jarang-jarang mengasak dilihat bermain dengan keadaan tertekan dengan taktikal yang serba tidak menjadi. Kelekaan pasukan Kelantan akhirnya dihukum selepas Norfarhan meledakkan gol kedua pada minit terakhir separuh masa pertama. Tamat separuh masa pertama, T-Team 2-0 Kelantan.

Bermula separuh masa kedua, belum sempat Kelantan mengatur serangan, Indra Putra Mahyudin meletakkan T-Team selesa di depan dengan 3-0 hasil jaringan beliau pada minit ke-50. Kelantan ternyata berada dalam situasi tertekan selepas ketinggalan dengan tiga gol. Namun usaha Kelantan berhasil juga apabila Danial Fadly menjaringkan gol pertama untuk Kelantan.

Kelantan yang mula merapatkan kedudukan akhirnya mendapat gol kedua menerusi penyerang kebangsaan, S.Chanturu pada minit ke-65. Gol itu secara tidak lansung menyemarakkan lagi semangat pemain Kelantan untuk menyamakan kedudukan. Dalam kelekaan Kelantan melancarkan serangan bertali arus, pasukan Kelantan dihukum selepas Haris Safwan Kamal menyumbat gol keempat T-Team setelah menyudahkan hantaran Indra Putra Mahyudin.

Namun jaringan keempat Indra Putra tidak mematahkan semangat pasukan The Red Warriors, dan akhirnya Kelantan sekali lagi merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shakir Shaari pada minit ke-87. Kelantan mendapat sepakan penalti selepas Rosdi Talib menjatuhkan S.Chanturu di dalam kotak penalti. Gol itu kembali membuka peluang untuk menyamakan kedudukan. Kelantan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Danial Fadly pada minit-minit akhir perlawanan, namun berjaya dinafikan Syamsuri Mustafa. Perlawanan berkesudahan dengan T-Team memenangi perlawanan dengan jaringan 4-3. Tahniah buat pasukan T-Team.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN :

T-Team 4-3 Kelantan
Harimau Muda A 1-2 Selangor
Perak 2-1 Perlis
N.Sembilan 0-1 K.Lumpur
Kedah 1-2 Johor FC
Felda United 1-1 Sabah
 
 

Tuesday 5 April 2011

"Kelantan Tiada Potensi Juara"

 "Kelantan Tiada Potensi Juara"
 
 
"Kelantan Tiada Potensi Juara". Itulah bayangan yang cuba disampaikan oleh bekas ketua pasukan Kelantan yang kita bermain untuk pasukan T-Team sejurus selepas T-Team menumpaskan Kelantan dengan jaringan tipis, 4-3. Indra Putra Mahyudin menerusi blog, Suara Sukan Anda dengan angkuhnya mengatakan bahawa Juara Piala Malaysia 2010 itu tidak mempunyai ramuan untuk bergelar juara, dan hanya boleh bermimpi mendakap kejuaraan liga buat kali pertama.

Jika benar, kenyataan beliau itu secara tidak langsung menghangatkan kembali amarah di kalangan penyokong setia The Red Warriors. Di saat para penyokong sudah melupakan "ketidaksetiaan" beliau kepada pasukan, hari ini, dia muncul dengan angkuh untuk merendah-rendahkan bekas pasukan lamanya itu. Hal ini membuktikan bahawa beliau sudah lama menyimpan dendam terhadap bekas pasukan lamanya dan menunggu masa yang sesuai untuk melunaskan dendam. Beliau seolah-olah membayangkan bahawa beliau adalah lebih hebat berbanding pasukan lamanya itu.

Berdasarkan kenyataan yang diterbitkan blog Suara Sukan Anda, penulis ingin mempersoalkan, siapa Indra Putra Mahyudin yang gah mengatakan pasukan Kelantan tidak mempunyai ramuan untuk bergelar juara? Dari pasukan manakah beliau? Jika beliau dari pasukan yang memberi saingan kejuaraan, seperti Selangor atau Perak, mungkin keangkuhan beliau bertepatan dengan keadaan. Namun beliau yang hanya dari pasukan yang baru sahaja terkeluar dari kelompok bawahan Liga yang baru mengenal erti kemenangan. Dan beliau dengan angkuh mengeluarkan kenyataan seperti itu menerusi blog Suara Sukan Anda. Apakah beliau berasa terlalu bangga hanya kerana dapat menumpaskan bekas pasukan lamanya? Sedarkah beliau, bekas pasukan lamanya itu telah banyak membantu menaikan kembali karier beliau pada ketika itu?

Penulis yang sebelum ini mengagung-agungkan jasa Indra Putra untuk pasukan Kelantan, tiba-tiba hilang lagi rasa hormat untuk terus menyokong karier beliau. Walaupun beliau telah "keluar" dari pasukan dengan penuh kontroversi, tapi penulis masih mengangap beliau sebagai wira yang banyak membantu pasukan Kelantan.

Namun dek kerana sikap beliau yang kurang profesional, dengan cara beliau merendah-rendahkan pasukan lamanya, dan kenyataan beliau yang seolah-oleh menyalahkan sikap penyokong Kelantan yang memberi tekanan sebagai sebab utama beliau meninggalkan pasukan. Wajarkan beliau menyalahkan penyokong yang selama ini teguh menyokong beliau tidak kira kalah atau menang? Tidak dinafikan, ada diantara penyokong yang memberi tekanan, namun adakah beliau tidak terfikir dengan mengeluarkan kenyataan begini secara tidak lansung mengguris hati penyokong yang pernah menyokong beliau? Adakah beliau sudah lupa diri?

Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari sumber blog Suara Sukan Anda :

“Inilah antara sebab saya meninggalkan Kelantan, memang ini antara sebab utama. Tidak salah meletak harapan kepada pasukan, tetapi harapan itu haruslah berbentuk sokongan, dorongan. Ini tidak bila menang kami dipuji, bila kalah kami dikritik hebat, malah peminat sentiasa mahu kami menang, mereka harus tahu kalah menang adat pertandingan, bila nak selalu menang, ia akan memberi tekanan, player pun tak boleh perform..” jelas Indra (dipetik dari Suara Sukan Anda. )

Penulis mengakui bahawa ada dikalangan penyokong pasukan Kelantan yang terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pasukan sehingga memberi tekanan kepada pasukan. Dan kenyataan beliau ada benarnya. Namun, tidakkah beliau terfikir bahawa dalam kalangan yang memberi tekanan itulah yang selama ini turut menyokong karier beliau? Dan adakah beliau tidak sedar tugas seorang pemain adalah untuk beraksi dengan baik bersama pasukan dan memenangi kejuaraan. Beliau juga perlu tahu, harapan peminat adalah untuk melihat pasukan kesayangan mereka menang. Dan beliau sebagai pemain perlu menjalankan tugas dan menghadapi tekanan kerana beliau dibayar gaji untuk bermain bersama pasukan. Sebagai seorang pemain yang profesional, tekanan dari penyokong perlu di hadapi dengan baik. Nasib baiklah T-Team tidak mempunyai jumlah penyokong yang ramai seperti Kelantan. Jika tidak, sudah pasti beliau turut ditekan oleh penyokong-penyokong dek kerana aksi hambar T-Team pada awal saingan Liga Malaysia.

Api kemarahan jelas mula terpancar di kalangan penyokong Kelantan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau. Dan sudah ada penyokong yang bertanyakan tarikh pusingan kedua Liga Super yang akan berlansung di Kota Bharu. Sudah pasti, layanan "istimewa" akan menanti bekas penyerang kebangsaan itu kerana "permusuhan" diantara beliau dan penyokong Kelantan yang tidak berpuas hati dengan beliau. Kenyataan beliau seolah-olah seperti "mencurah minyak petrol ke dalam api yang sedang marak". Isu panas beliau meninggalkan pasukan "tanpa restu" masih lagi tersemat di hati penyokong pasukan Kelantan, inikan pula ditambah dengan kenyataan "panas" beliau.

Diharap para penyokong dan pemain Kelantan tidak terlalu emosi melayan "provokasi" dan "perang psikologi" yang cuba beliau ketengahkan. Kelantan harus fokus untuk terus bangkit pada perlawanan akan datang kerana banyak lagi perlawanan yang perlu dilalui pada musim ini. Kemenangan pada satu-satu perlawanan belum pasti menjamin kejuaraan, manakala kekalahan belum menoktahkan perjuangan yang masih belum selesai.




UPDATE : Berdasarkan terbitan terkini blog Suara Sukan Anda.

**Walaubagaimanapun, tidak lama selepas isu ini di terbitkan di blog Suara Sukan Anda, Indra Putra menafikan kenyataan ini dikeluarkan dari mulut beliau. Beliau membuat penafian juga menerusi blog Suara Sukan Anda. Sila rujuk artikel ini : http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/04/indra-bukan-kenyataan-saya.html
 
 
 
kredit to WWW.WAWANFAIZ.COM

Kisah Cinta Rasulullah Dengan Siti Khadijah (Part 5)

Khadijah Menawarkan Diri

Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata:

\"Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!\"
Suaranya ramah, bernada dermawan. Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu diharga dirinya, Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti. katanya:

\"Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bahagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu\".


Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itu memandangnya dengan penuh ketakjuban.


\"Oh, itukah....! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa- apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan,\"


kata Khadijah r.a.\"Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu\".


Ia berhenti sejenak, meneliti. Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandungi isyarat:

\"Aku hendak mengawinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diingini oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu\".

Khadijah tertunduk lalu melanjutkan:\"Tetapi sayang, ada aibnya...! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mahu, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu\".


Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa mahu dijawab. Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al- Amiin itu pun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a. Ia minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan.


Ia menceritakan kepada bapa saudaranya:\"Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu \"anu dan anu....\"Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu.


Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim.

Katanya: \"Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya\".

Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya:\"Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?\"


Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahwa kata- katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati Atiqah: \"Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja ku katakan kepadamu bahwa dirikulah yang ku maksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mahu, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak, aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati\".


Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat \'Atiqah terdiam. Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah.

Percakapan menjadi serius.\"Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah dimaklumi oleh anak bapa saudaramu Waraqah bin Naufah?\"
tanya \'Atiqah sambil meneruskan:\"Kalau belum cubalah meminta persetujuannya.\"

\"Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan lamaran\",


Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan kerana dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.


\'Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah.

Semua riang menyambut hasil pertemuan \'Atiqah dengan Khadijah r.a.

\"Itu bagus sekali\", kata Abu Thalib,

\"Tapi kita harus bermesyuarat dengan Muhammad SAW lebih dahulu\".

Bersambung lagi! Hehehe...(^__^)



sumber : http://wanwma.com/

1st cash out dari internet

hahah...akhirnya aku brjaya wt cash out ngn tenet nih...huhu...
mula2 igtkn susah jgk nk wt cash out ngn tenet nih...
tp upa2nya senang saja...klik2 dh dapat duit...hihi...
beronok-ronok....=)




haa...ni la 1st cash out aku...
rm50 je pn...x byk...
tp aku berpuas ati...heheh...=p

p/s: emm....sape2 yg rse berminat n nk juga merasa dapat cash out tenet nih,
join la aku ye... clik sini....
x prlu apa2 modal pn....FOC...=)

selamat mencuba....=)


Monday 4 April 2011

Hantu Kak Limah Pergi ABPBH 2010

hahaha....gimik yg sgt2 menjadi dari johan ngn usop...smart sgt ..
sape2 yang stuju...angkat tangan mcm saya....=P




apa2 pn...tahniah wt sume yang mendapat anugerah...
yang x dapat...cuba lg taun ni...heheh...=)

Keli Oh Keli



Haram:

(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak



Halal:

(Ikan yang diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup


sumber : http://terapiruqyahsyariah.blogspot.com/2010/11/perbezaan-ikan-keli-memakan-sumber.html

Nikon D5100

 wahh...Nikon akn release DSLR model bru...upgrade dr model D5000 n D3100...nice!!!=)

Combo of Nikon D5000 and D3100

According to the reliable source, Nikon D5100 is coming in early April, and has been shipped to Canada. In terms of the existing reliable source, we take a Nikon D5100 specs preview, and the result shows the D5100 is a great combo of Nikon D5000 and Nikon D3100. Now let's look at the details.


Nikon D5100 Specs Preview: Combo of Nikon D5000 and D3100  

It was said the Nikon D5100 - the most anticipated Nikon entry level DSLR camera 2011, will adopt the Nikon D7000 16.2 MP sensor. Although we have not got the official specification, in the light of the reliable information and the strict speculation of Nikon digital camera expert, the Nikon D5100 features the Nikon D5000-body and Nikon D3100 sensor. 



sumber : http://camera.downloadatoz.com/tutorials,1645,nikon-d5100-specs-preview-combo-of-nikon-d5000-and-d3100.html

Apa itu Oral Seks Dan Apakah Hukumnya?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Oral seks ialah hisapan kemaluan pasangan semasa melakukan hubungan seks. Ramai yang tertagih dengan perbuatan ini angkara ajaran yang diperturunkan dari barat. Hal ini mula menjadi perbincangan para ulama kerana ia merupakan perbuatan yang tidak dianjurkan di dalam Islam. Mari belajar apa kata ulama tentang hal ini. Ilmu ini penting supaya kita semua tidak melakukan kesalahan dan dosa yang kita tidak ketahui. Sahabat semua, ketahuilah bahawa Oral Sex adalah HARAM. Sila baca penerangan di bawah.
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi hafizhohullah berkata:

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan (maksudnya memancarkan mani, mazi etc). Kalau memancar, maka akan keluar darinya air madzy yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air madzy itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Dan Syaikh Ibnu Baz rahimahullah telah berfatwa tentang haramnya hal tersebut –sebagaimana yang saya dengarkan langsung dari beliau-.”
Dan dalam kitab Masa`il Nisa’iyyah Mukhtarah Min Al-`Allamah Al-Albany karya Ummu Ayyub Nurah bintu Hasan Ghawi hal. 197 (cet. Majalisul Huda AI¬Jaza’ir), Muhadits dan Mujaddid zaman ini, Asy-Syaikh AI-`Allamah Muhammad Nashiruddin AI-Albany rahimahullah ditanya sebagai berikut:
“Apakah boleh seorang perempuan mencumbu batang kemaluan (zakar) suaminya dengan mulutnya, dan seorang lelaki sebaliknya?”
Beliau menjawab:
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan -sebagai penguat yang telah lalu-, apalagi haiwan yang telah dlketahui kejelekan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim –dan keadaannya seperti ini- merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan.”
Dan salah seorang ulama besar kota Madinah, Asy-Syaikh AI-`Allamah `Ubaid bin ‘Abdillah bin Sulaiman AI-Jabiry hafizhahullah dalam sebuah rakaman, beliau ditanya sebagai berikut,
“Apa hukum oral seks’?” Beliau menjawab:
“Ini adalah haram, kerana is termasuk tasyabbuh dengan haiwan-haiwan. Namun ramai di kalangan kaum muslimin yang tertimpa oleh perkara-perkara yang rendah lagi ganjil menurut syari’at, akal dan fitrah seperti ini. Hal tersebut kerana mereka menghabiskan waktunya untuk mengikuti rangkaian film-film porno melalui video atau televisyen yang rosak. Seorang lelaki muslim berkewajipan untuk menghormati isterinya dan jangan dia berhubungan dengannya kecuali sesuai dengan perintah Allah. Kalau dia berhubungan dengannya selain dari tempat yang Allah halalkan baginya maka tergolong melampaui batas dan bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alahi wa sallam.”
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Dr Ismail Thambi (pakar sakit puan) pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu pekara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.



KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.
2) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
3) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
4) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan…

Dikutip dari majalah An-Nashihah Volume 10 1427H/2006M
http://www.darussalaf.org/stories.php?id=276

Wallahualam.....

sumber : http://wanwma.com/agama/sex-oral-prono-gambar-lucah-bogel-baca-ini/

Kisah Cinta Rasulullah Dengan Siti Khadijah (Part 4)

Paderi-paderi Yahudi Gementar Ketakutan

Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah.Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran. Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gemetar ketakutan. Seorang di antara mereka bertanya:

\"Alamat apakah ini?\" Semuanya hairan, cemas dan ketakutan.
\"Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,\" jawab pengerusi upacara.
\"Kita baca dalam Taurat bahwa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi.
\"Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!\"
Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil,dan Maisarah, yang mendengar berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan.

Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang- orang Yahudi.


Nabi Muhammad Pulang Ke Makkah.


Biasanya dalam perjalanan pulang, kira-kira jarak tujuh hari lagi mendekati Makkah, Maisarah mengirim seorang utusan kepada Khadijah r.a, memberitahukan bakal kedatangan kafilah serta perkara- perkara lain yang menyangkut perjalanan.


Maisarah menawarkan kepada Muhammad SAW: \"Apakah engkau bersedia diutus membawa berita ke Makkah?\"

Muhammad SAW berkata: \"Ya, saya bersedia apabila ditugaskan\".
Pemimpin rombongan mempersiapkan unta yang cepat untuk dinaiki oleh utusan yang akan berangkat terlebih dahulu ke kota Makkah. Ia pun menulis sepucuk surat memberikan kepada majikannya bahwa perniagaan kafilah yang disertai Muhammad SAW mendapat hasil laba yang sangat memuaskan, dan menceritakan pula tentang pengalaman- pengalaman aneh yang berkaitan dengan diri Muhammad SAW.

Tatkala Muhammad SAW menuntun untanya dan sudah hilang dari pandangan mata, maka Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s .:

\"Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!\"Kemudian Allah SWT mendatangkan rasa mengantuk kepadanya sehingga baginda SAW tertidur nyenyak dan tiba-tiba telah sampai di Makkah dalam tempoh yang cukup singkat.
Saat terbangun, ia hairan mendapati dirinya telah berada di pintu masuk kota kelahirannya. Baginda SAW sedar bahwa ini adalah mukjizat Tuhan kepadanya, lalu bersyukur memuji Zat Yang Maha Kuasa. Sementara baginda SAW mengarahkan untanya menuju ke tempat Khadijah r.a, secara kebetulan Khadijah r.a pada saat itu sedang duduk sambil kepalanya keluar jendela memandangi jalan ke arah Syam, tiba-tiba dilihatnya Muhammad SAW di atas untanya dari arah bertentangan di bawah naungan awan yang bergerak perlahan-lahan di atas kepalanya.

Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan,padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di sekitarnya:

\"Apakah kamu mengenali siapa pengembara yang datang itu?\" sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.
Seorang di antara mereka menjawab:\"Seolah-olah Muhammad Al-Amiin, ya sayyidati!\"
Kegembiraan Khadijah r.a terlukis dalam ucapannya:
\"Kalau benar Muhammad Al-Amiin, maka kamu akan ku merdekakan bilamana ia telah sampai!\"

Tak lama kemudian muncullah Muhammad SAW di depan pintu rumah wanita hartawan itu, yang langsung menyambutnya dengan tutur sapa tulus ikhlas:

\"Ku berikan anda unta pilihan, tunggangan khusus dengan apa yang ada di atasnya.\"
Muhammad SAW mengucapkan terima kasih, kemudian menyerahkan surat dari ketua rombongan. Ia minta izin pulang ke rumah bapa saudaranya setelah melaporkan tentang perniagaan mereka ke luar negeri.

Bersambung...(^__^)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEDUDUKAN LIGA SUPER